Siakap Keli
adik cium salinan ic arwah abang
Gambar: TikTok

Mungkin Terlalu Rindu, Adik Menangis Cium Salinan ‘IC’ Arwah Abang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejadian pilu buat netizen berlaku baru-baru ini, seorang adik menangis cium salinan IC arwah abang yang sudah meninggal dunia.

Ditinggalkan sehari sahaja oleh orang yang kita sayang, ia sudah cukup untuk rasa derita dan rindu. Tidak kiralah pasangan suami isteri, ibu dengan anak dan juga adik beradik, lebih-lebih lagi yang rapat dengan kita.

Lebih menduga perasaan, apabila orang yang kita sayang dan rapat, buka saja mata dari tidur lena kita akan pandang wajah dia, kita akan cari susuk tubuh orang itu, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tidak ada lagi bayang orang itu pada pandangan mata kita. Yang telah alaminya, pasti memahami situasi ini.

Begitulah kisah dikongsikan oleh pengguna Tiktok, Tacaa Anuar mengenai adiknya yang masih berduka kehilangan abang kandung paling rapat dengannya. Jiwa bagai direntap apabila melihat adik bongsunya itu menangis sambil memegang sekeping kertas yang merupakan salinan kad pengenalan milik arwah abangnya itu.

Menurut Tacaa Anuar, adik bongsunya itu menemukan salinan kad pengenalan tersebut ketika pulang dari sekolah. Dia mendapati almari milik arwah terbuka dan mahu untuk menutupnya semula. Pada waktu itulah dia menemui sehelai kertas yang merupakan salinan kad pengenalan arwah abangnya.

@tacaaanuar

Ya allah sumpah tak kuat tengok adik mcmni hm 😭 #alfatihah

♬ Tiara – Raffa Affar

“Kakak dia yang Yaya tu dengar dia nangis kat dalam bilik sambil pegang kertas, masa tu dia dengan Yaya je ada kat rumah, mak dengan abah pergi keluar berniaga.

“Si kecik ni sedih sangat sebab dia paling rapat dengan arwah, dekat rumah pun kalau mak dengan abah pergi niaga, arwah yang jaga adik bongsu kat rumah,” jelas Taca ketika dihubungi Siakap Keli.

Video itu dimuat naik ke TikTok miliknya pada semalam dan tular hingga ditonton lebih satu juta tontonan setakat ini. Malah netizen juga turut bersedih dengan aksi adiknya itu.

“Sedihnya. Kesian dia rindu sangatlah tu,” kata irx.

“Dia rasa kehilangan. Ya Allah. Terpaling rapat sangat-sangat dia jadi terasa. Semoga terus kuat adik Taca,” kata IzaraAisy.

“Kesian adik sabar tau adik nanti adik jumpa abang dekat syurga tau. Nanti dah jumpa abang peluk dia kuat-kuat tau. Adik dah jangan nangis adik, doakan abang baik-baik,” kata LMe.

Sumber: Taca Anuar (Tiktok)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.