Siakap Keli
terjatuh dari jambatan
Gambar Via Penang Press

Pemuda Dikhuatiri Lemas, Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Seorang pemuda yang berusia 22 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo, sebelum terjatuh mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot berwarna merah di Kilometer 2.2 Jambatan Pertama Pulau Pinang menghala ke arah pulau.

Pihak bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan berkaitan kejadian yang berlaku pada pukul 5.39 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata bahawa tindakan pasukan bomba adalah membuat pemantauan dari atas jambatan bagi mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan arus laut.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pengkalan Marin JBPM Mak Mandin di Butterworth.

“Laporan berhubung status kejadian tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Kosmo, kejadian seperti ini adalah kali yang ke-16 sejak Januari lalu dan pertama bagi bulan Jun.

Sumber: Kosmo

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.