Berdasarkan perincian daripada sumber Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa sebanyak 65,535 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dicatatkan di negara ini setakat 28 Mei 2022.
Walaubagaimanapun, hanya tiga kes dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Manakala, dua kes mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan dijangkiti Enterovirus 71 (EV71).
Dalam pada itu, 1,174 taska/tadika/tabika ditutup sementara setakat 29 Mei 2022. Daripada jumlah itu, 228 premis ditutup secara sukarela dan selebihnya ditutupdibawah Akta 342 (Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988).
Menurut Dr Noor Hisham, saringan kesihatan kanak-kanak penting bagi memastikan penyakit berjangkit seperti HFMD ini dapat dikawal dan tidak merebak hingga boleh menjejaskan operasi premis yang melibatkan kanak-kanak.
Sumber: Bernama via Tan Sri Noor Hisham