Siakap Keli
Warga Emas Berbasikal Maut
Gambar via UTUSAN

Warga Emas Berbasikal Di Lokasi Terkenal ‘Temiang Bypass’ Maut Dilanggar Kereta

Seorang lelaki warga emas yang berbasikal di Jalan Temiang-Pantai, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas dilanggar oleh kereta jenis Perodua Axia dalam satu kejadian pukul 8:30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman, kejadian tersebut melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang memandu kereta itu seorang diri dari Jalan Pantai menghala ke Kajang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 72 tahun di bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan, penunggang basikal mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor media berita UTUSAN.

Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan setakat ini.

Justeru, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut dimohon supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd. Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan.

Sumber: UTUSAN

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.