Siakap Keli
inflasi di malaysia
Gambar: BFM

Inflasi Di Malaysia Naik 2.5% Berikutan Kenaikan Harga Makanan, Bahan Api Tahun Lalu

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Xinhua) – Inflasi di Malaysia, seperti yang direkodkan oleh indeks harga pengguna (IHP) dari data rasmi Rabu lalu dilaporkan telah meningkat sebanyak 2.5 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut dilaporkan terjadi disebabkan oleh faktor kenaikan harga makanan dan bahan api.

Peningkatan itu juga lebih tinggi berbanding 0.7 peratus yang dicatatkan pada tahun pra-pandemik tahun 2019 lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan.

Sebanyak 184 barangan makanan daripada keseluruhan 552 barangan dalam “bakul” CPI mencatatkan peningkatan, katanya.

“Pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan seharian masyarakat. Bagaimanapun, usaha kerajaan dalam usaha melaksanakan pemberian vaksin percuma kepada rakyat telah membantu memulihkan kembali keyakinan perniagaan dan seterusnya meningkatkan juga keyakinan pengguna untuk keluar membeli-belah,” kata DOSM.

“Selain itu, larangan perjalanan rentas negeri telah ditarik balik dan semua sektor ekonomi dipulihkan mulai 11 Oktober 2021. Ini menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor pengedaran dan peruncitan,” katanya.

Secara keseluruhan, kenaikan 2.5 peratus banyak disumbangkan melalui indeks pengangkutan yang meningkat 11 peratus, serta makanan dan minuman yang meningkat 1.7 peratus.

Perabot, kelengkapan rumah dan penyelenggaraan rutin dalam isi rumah meningkat 1.6 peratus manakala perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat 1.5 peratus.

Pada 2021, inflasi teras lebih perlahan pada 0.7 peratus berbanding 1.1 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Sumber: english.news.cn

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.