Siakap Keli
Gempa bumi Istanbul

Istanbul Didakwa Diancam Gempa Bumi Tak Lama Lagi, Lelaki Dedah Apa Tindakan Kerajaan Turki

Umumnya, gempa bumi di sekitar Istanbul, Turki telah berlaku sejak dari 2,000 tahun yang lalu. Namun tidak ada satu pun yang berlaku dalam skala besar hingga mengakibatkan kemusnahan teruk setakat ini.

Bagaimanapun difahamkan, menerusi kajian teknikal daripada US Coast Survey, nilai risiko gempa bumi besar yang bakal melanda ibu negara Turki dalam tempoh 30 tahun mendatang adalah 62 peratus.

Memetik Turkey Travel Planner, walaupun gempa bumi pada zaman dahulu sering menyebabkan kerosakan agak besar, tetapi di Istanbul, segalanya mungkin tidak lagi sama pada abad ke-21 hari ini.

Hal ini kerana Istanbul pada hari ini adalah sebuah bandar yang mempunyai lebih dari 14 juta penduduk, bersekolah dan bekerja di dalam struktur bangunan yang ‘standard’ dan stabil.

Banyak monumen bersejarah terkenal di bandar itu termasuklah Ayasofya (Hagia Sophia) dan Masjid Sultanahmet (Biru) dipercayai kalis gempa kerana ia direka oleh arkitek dan jurutera yang ‘faham’ mengenai bencana alam tersebut.

Oleh itu, mereka menggunakan bahan-bahan binaan yang berkualiti dan hasilnya, penduduk di sana terselamat daripada beberapa kejadian gempa yang berlaku di Istanbul saban tahun.

Walau bagaimanapun malangnya, terdapat sesetengah bangunan yang didakwa dibina oleh ‘mereka’ yang bukan pakar dalam bidang seni bina sendiri. Justeru, ketahanan binaan itu tidak mustahil boleh berdepan risiko.

Gempa bumi di Istanbul berlaku tidak lama lagi

Menerusi akaun Tiktok milik individu yang tinggal di Istanbul, Turkey, Mehmet Izudin Gul, dia meluahkan rasa bimbang apabila pihak media dan juga pemimpin negara itu sendiri menggesa semua penduduk untuk bersedia menghadapi gempa bumi yang mungkin dijangka akan berlaku pada tahun ini.

Menurut perkongsian beliau menerusi video tersebut, pelbagai persiapan sedang dibuat oleh kerajaan dengan menyediakan kapal-kapal yang telah mengambil ‘tempat’ di bahagian tepi laut untuk memudahkan proses menyelamat kelak.

Difahamkan, ketika gempa bumi berlaku, rakyat dan juga penduduk yang berada di Istanbul akan dipindahkan ke suatu tempat yang lebih selamat. Yang menjadi kebimbangan Mehmet adalah bagaimana kerajaan pemerintah Istanbul untuk memindahkan 16 juta penduduk mereka.

Walau bagaimanapun, Turki telah merancang proses pemindahan mereka tersendiri dengan mengutamakan golongan kurang upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Kalau nanti terjadi gempa (nauzubillah), semua rakyat 1 Malaysia tolong selamatkan Mehmet ya, janji ya,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam salah satu video yang dimuat naik.

Tonton perkongsian-perkongsian dari beliau yang telah kami sertakan di bawah.

@mehmet.izudin.gul_

Turki dah sediakan kapal dah pun. Pray for us🥺🤲 #TikTokGuru

♬ Twenty One Pilots Hometown Slowed Sad Part – Half Angel Half Devil

@mehmet.izudin.gul_

Reply to @mehmet.izudin.gul_ Part 2. Kalau nnti terjadi gempa (nauzubillah), korang semua 1 Malaysia, tlg selamatkan Mehmet ya. Janji ya🤙 #TikTokGuru

♬ Twenty One Pilots Hometown Slowed Sad Part – Half Angel Half Devil

 

Sumber: Turkey Travel Planner, Mehmet Izudin Gul (Tiktok)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.