Siakap Keli

Kelibat ‘Burung Gergasi’ Mengamuk Depan KLCC Berjaya Dirakam, Warganet Risau Kereta Kena Serang

Pernah tak tengok burung kat tengah-tengah Kuala Lumpur terutamanya di KLCC? Kalau ada pun mesti tak banyak kan. Tapi kejadian beberapa malam yang lalu memang buatkan beberapa warganet ‘cuak’. Apa tidaknya, ada yang nampak burung ‘gergasi’ mendarat di hadapan KLCC.

Baru-baru ini muncul satu rakaman video di laman Youtube memaparkan seekor ‘burung gergasi’ yang tiba-tiba mengamuk di hadapan KLCC. Haiwan tersebut dilihat singgah ke sarangnya sebelum menjerit ke arah kereta yang lalu lalang seakan-akan sedang mengamuk. Namun, mujurlah haiwan tersebut tidak kekal di situ lama dan kemudiannya terus beredar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat risau akan kewujudan haiwan tersebut yang menjerit ke arah kereta.

Namun ada kisah sebenar di sebalik rakaman di laman Youtube berkenaan. Rupa-rupanya rakaman tersebut hanya paparan 3D Anamorfik di CuBig @ KLCC yang nampak seakan-akan nyata.

Paparan Anamorfik 3D Jurassic World Dominion

Paparan anamorfik 3D di CuBig @ KLCC ini adalah sempena Filem Jurassic World Dominion yang akan ditayangkan pada 9 Jun ini. Memang nampak macam real sungguh bila ada burung singgah ke sarangnya sambil marah-marah pengguna jalan raya. Memang sesuai sangat kalau bawa anak-anak ke sini, confirm mereka akan teruja.

Untuk pengetahuan anda, bermula hari ini sehingga 12 Jun, United International Pictures Malaysia akan mempamerkan Paparan Anamophic 3D Jurassic World Dominion animasi untuk tempat 15 saat di CuBig @ KLCC. Bukan setakat itu sahaja, Sunway Pyramid LG2 Blue Concourse juga dihiasi dengan Paparan Patung Blue & Beta serta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Kalau dah best macam ni, rugilah kalau tak bawa family datang, tapi jangan lupa kongsikan pengalaman anda di media sosial dengan hashtag #MYJurassicWorld & #IniEraJurassic!

Jurassic World Dominion

Walaupun penggambarannya pernah ditangguhkan, kini peminat filem dinasour ini akan kembali menjelajah ke alam purbakala bagi sama-sama menyelami dunia kehidupan spesies ini. Filem Jurassic World Dominion akan ditayangkan pada 9 Jun 2022 di seluruh pawagam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bila tengok trailer, banyak betul adegan-adegan bombastik yang boleh buatkan penonton tak sempat nak kelip mata.

Jurassic World Dominion yang bakal ditayangkan pada 9 Jun ini pasti akan membawakan lebih banyak konflik dan cabaran, di antaranya kuasa genetik telah dilepaskan yang boleh menyebabkan dunia musnah. Jurassic World Dominion juga akan cuba meneroka persoalan sama ada manusia dan dinasour boleh hidup bersama.

Menurut pengarah dan pelakon, mereka yakin bahawa filem ini akan menjadi luar biasa sejak mereka merakamkan adegan di dalam filem ini. Apa yang paling penting, filem ini semestinya akan menjadi sebuah pengembaraan yang teramat menakutkan. Pengalaman menonton filem ini sudah pasti akan menjadi bualan ramai sehingga berbulan-bulan.

Menurut pengarah, filem ini adalah kemuncak bagi pengembaraan haiwan purbakala yang telah dimulakan pada 1993.

Jurassic World Dominion adalah kemuncak francais ini. Ia menyimpulkan kisah yang Steven Spielberg mulakan pada 1993.

Filem ini juga menyaksikan kembalinya pengarah, Colin Trevorrow yang bertindak sebagai penerbit eksekutif dengan Steven Spielberg. Lebih menarik perhatian, filem ini dibintangi oleh Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard membawakan watak Owen Grady dan Claire Dearing.

Jadi apa lagi nak tunggu kan, terus hubungi kawan-kawan atau ajak terus ahli keluarga untuk serbu pawagam 9 Jun ini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai dunia dinasour ini, anda boleh layari Facebook @uipmalaysia untuk tonton lebih banyak trailer dan sedutan filem. Kalau rasa dah tak sabar tu, jom kita layan video ni dulu untuk bagi bayangan filem yang akan keluar 9 Jun nanti.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.