Siakap Keli
Pentaksiran formatif dan sumatif

KPM Perkenal Pendekatan Baru Pentaksiran Formatif Dan Sumatif

Kementerian Pendidikan hari ini memperkenalkan pendekatan yang baharu iaitu pentaksiran formatif dan sumatif.

Menurut menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, kedua-dua pentaksiran itu merupakan komponen kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Semua orang tertanya-tanya bila tiada UPSR dan PT3, bagaimanakah ibu bapa boleh mengetahui mengenai prestasi murid-murid mereka dalam konteks matapelajaran yang mereka belajar di sekolah.

“Oleh yang demikian, sepertimana yang biasa kita sebutkan bahawa sejak daripada penghapusan UPSR pada tahun yang lalu, KPM telah memfokuskan pada usaha-usaha untuk memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah,” katanya.

Taksiran berasaskan sekolah ini mempunyai tiga komponen iaitu Pentaksiran Biik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI).

“Pentaksiran berbentuk formatif dilaksanakan secara berterusan dalam proses pembelajaran murid dalam kelas dan juga di sepanjang sesi tersebut murid ditaksir secara berterusan oleh guru melalui pelbagai pendekatan.

“Ia juga digunakan untuk guru membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka untuk memastikan supaya murid dapat mencapai tahap penguasaan yang sepatutnya,” katanya.

Manakala, jelasnya pentaksiran sumatif pula ialah pentaksiran yang dibuat pada akhir sesuatu tempoh atau di akhir tahun.

“Jadi pentaksiran berbentuk sumatif ini telah biasa dilaksanakan di sekolah khususnya ujian akhir tahun pertengahan penggal dan sebagainya,” katanya.

 

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.