Siakap Keli
pusat jagaan terbakar
Sumber: Al Jazeera

Pusat Jagaan Pesakit Demensia Dijilat Api, Dua Dilapor Mati

Dua orang maut manakala lebih 50 orang lagi tercedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah pusat jagaan pesakit demensia di Prague, Republik Czech baru-baru ini.

Menurut laporan, dua penghuni kritikal, dua mengalami cedera parah dan 51 selebihnya cedera ringan. Manakala kakitangan fasiliti lain dapat menyelamatkan diri.

Kira-kira hampir 100 anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang mengambil masa selama lebih lapan jam termasuk memindahkan mangsa ke tempat yang selamat.

Sumber air yang dipam untuk memadamkan kebakaran tersebut difahamkan diambil daripada Sungai Vltava yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Difahamkan, semasa sesi peringkat akhir kerja menyelamat, mereka menemui dua mayat di dalamnya.

Sejajar dengan itu, kes ini difahamkan masih lagi tidak menemui punca akibat kebakaran tersebut terjadi.

Sementara itu, Datuk Bandar Prague, Jan Jakob menjelaskan bahawa kejadian itu diibaratkan seperti ‘malapetaka besar’.

Menurut laman rasmi, rumah jagaan itu dikhususkan beroperasi dalam penjagaan pesakit-pesakit demensia, termasuk mereka yang menghidap penyakit Alzheimer.

Sumber: ALJAZEERA

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.