Kesabaran ada batasnya, wanita dedah sikap buruk suami buang beras dalam lubang tandas
Sudah menjadi kewajiban bagi seorang suami untuk sentiasa membahagiakan isteri dan anak-anak. Ia menjadi salah satu kunci kepada rumah tangga yang bahagia.
Bagaimanapun, kehidupan berumah tangga kadang kala tidak indah seperti yang dijangkakan.
Seperti yang dialami oleh seorang wanita di Indonesia ini yang berhadapan dengan sikap buruk suaminya.
Meluahkan masalah yang dialaminya di TikTok, wanita itu mendedahkan bahawa suaminya sering bersikap kasar apabila mereka bergaduh.
Malah, suaminya turut bertindak melakukan perkara di luar jangkaan seperti tiba-tiba membuang beras ke dalam lubang tandas.
Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan agar dia dan anak-anak tidak boleh makan.
“Jika tengah marah, dia pasti akan ‘naik tangan’ dan membuang barang seperti makanan supaya saya dan anak-anak tidak boleh makan,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa bahawa suaminya itu turut merosakkan baby walker anaknya agar tidak boleh digunakan lagi.
Meskipun hatinya remuk melihat sikap suaminya itu, tetapi dia hanya mampu pasrah.
“Kesabaran ada batasnya, selama ini saya selalu sabar bila dipukul tapi tidak untuk kali ini kerana barang-barang anak saya habis dihancurkan,” katanya.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang memberikan semangat dan sokongan untuk wanita tersebut.
Tidak kurang juga, ada netizen yang mengecam tindakan si suami yang membuang beras.
Menurut mereka, membuang beras sama saja seperti membuang rezeki.
View this post on Instagram
Sumber: Tribun News