Siakap Keli
korea utara covid
Gambar: KCNA

Akibat COVID-19, Lebih 96,000 Rakyat Korea Utara Demam

Akibat wabak COVID-19 yang ‘baru’ saja melanda baru-baru ini, sebanyak 96,610 kes baharu rakyat Korea Utara mengalami gejala demam direkodkan, lapor  North Korean Central Telegraph Agency (KCNA).

Bagaimanapun, agensi tersebut mengatakan bahawa tiada pertambahan kes kematian dilaporkan. Malah, negara itu mengesahkan keadaan virus di sana masih terkawal buat masa ini.

Difahamkan, kira-kira sekitar 3.64 juta orang sudah mengalami demam, selain 94.98 peratus bersamaan 182,000 orang telah sembuh dan hanya kira-kira lima peratus masih dirawat.

Namun angka tersebut sekaligus mencetuskan kebimbangan awam mengenai isu kekurangan vaksin, bekalan perubatan dan kekurangan makanan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Korea Utara telah memperkenalkan “sistem anti-wabak kecemasan tahap tertinggi” berikutan kemunculan kes COVID-19 di negara itu.

Dalam menentang gelombang COVID-19 di negara tersebut, mereka seolah-olah berada dalam pertempuran sengit ekoran didakwa belum pernah ‘didatangi’ virus berkenaan sebelum ini.

Menurut KCNA, Tentera Rakyat Korea aktif membantu kerajaan memerangi wabak tersebut. Hasil kerjasama pihak berkuasa juga, sebanyak 50 farmasi baharu berjaya ditubuhkan di Pyongyang.

Dalam pada itu, doktor tentera turut membekalkan ubat ke penempatan lain serta merawat pesakit di rumah dan di farmasi, kilang serta perniagaan yang perlu meneruskan pengeluaran.

Sementara itu, Majlis Menteri, Jawatankuasa Perancang Negeri dan Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan kerja untuk mengukuhkan asas industri farmaseutikal.

Selain itu mereka juga sedang berusaha menghasilkan pengeluaran peralatan perubatan dan bekalan anti-wabak untuk menangani pandemik berkenaan.

Sumber: The Korea Herald / NewsUnrolled

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.