Siakap Keli
sesak tol gombak
Foto: LLM

Aliran Trafik Ke Plaza Tol Gombak Di Kedua-dua Arah Dilapor Mulai Sesak

Kebanyakan kenderaan sudah mula membanjiri lebuhraya utama negara seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena cuti persekolahan yang bakal bermula minggu hadapan.

Menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 4.13 petang tadi, trafik mulai perlahan dan sesak sebelum masuk dan keluar ke Plaza Tol Gombak di kedua-dua arah.

Dalam laporan lain memaklumkan, terdapat kemalangan yang berlaku 4 kilometer dari dari Genting Sempah ke Gombak. Kemalangan tersebut dilaporkan melibatkan sebuah lori yang terbalik di KM 35.2 arah barat dan menyebabkan lorong kanan terhalang.

Justeru itu, LLM menjangkakan kelewatan 10 minit perjalanan di lokasi.

Semua pemandu dinasihatkan supaya memandu berhati-hati, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan berhenti jika mengantuk untuk berehat. Sentiasa patuh kepada undang-undang lalu lintas.

Pastikan anda menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kerana dijangka kawasan Rehat dan Rawat juga akan dibanjiri pengguna lebuhraya.

Sumber: LLM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang