Siakap Keli
mayat terapung pulau indah
Foto: APMM Selangor

Dua Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sekitar Perairan Pulau Indah

SHAH ALAM, 3 Jun (Bernama) – Dua mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di sekitar perairan Jeti Marina, Pulau Indah petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata Pusat Operasi APMM Negeri Selangor telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada komuniti nelayan pada 4.26 petang dan bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.

“Lebih kurang pada 4.45 petang, PERKASA 36 tiba di lokasi dan telah menemukan dua mayat itu, satu daripadanya lengkap berpakaian, manakala satu mayat lagi hanya berseluar panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi APMM Negeri Selangor di talian 03-21760627 dan sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi APMM Negeri Selangor atau MERS 999.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang