Siakap Keli
gempa bumi Kepulauan Ryukyu
Foto: MetMalaysia

Gempa Bumi Bermagnitud 5.4 Gegar Kepulauan Ryukyu, Jepun

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud telah melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 3.03 petang, 3 Jun 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berlaku di Kepulauan Ryukyu itu berpusat 26.9 darjah utara dan 126.2 darjah timur dengan kedalaman 37 kilometer.

Ia berlaku berhampiran 167km barat laut dari Naha, Jepun.

Bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku tidak memberi sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. Selain itu, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Dalam laporan lain hari ini, satu kejadian gempa bumi telah menggegarkan wilayah Surigao del Sur di Selatan Filipina pada awal pagi Jumaat.

Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di pulau Mindanao dan wilayah Leyte, tengah Filipina.

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang