Siakap Keli
gempa bumi selatan filipina
Foto: MetMalaysia

Gempa Bumi Sederhana Gegar Selatan Filipina

MANILA, 3 Jun (Bernama) – Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina gempa pada 2.54 pagi waktu tempatan (1854 Khamis GMT), melanda pada kedalaman 16 kilometer (km)– kira-kira 31 km timur laut bandar Cagwait.

Gegaran turut dirasai di pulau Mindanao dan wilayah Leyte, tengah Filipina.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang