Siakap Keli
Kontena hanyut langkawi
Foto: Jabatan Laut Malaysia

Kontena Hanyut: JLM Minta Feri Penumpang Dan RORO Laluan Langkawi – Kuala Perlis Lebih Berhati-Hati

Jabatan Laut Malaysia (JLM) memohon kepada komuniti perkapalan supaya lebih berwaspada mengelak sebarang insiden tak diingini ekoran beberapa unit kontena yang dilaporkan terjatuh di Thailand ditemukan hanyut ke perairan Pulau Langkawi, Kedah.

Menurut kenyataan agensi itu, sebanyak enam unit kontena yang jatuh telah dikesan sampai ke laluan feri penumpang dan feri RORO Langkawi – Kuala Perlis pada 2 Jun lalu.

Justeru itu, wakil pemilik telah menanda kesemua enam kontena tersebut dengan suar lampu dan dipasang sauh sebagai usaha untuk mengelakkan kontena tersebut hanyut lebih jauh.

Menurut laporan pada 30 Mei 2020 lalu, JLM telah menerima laporan awal daripada Jabatan Laut Thailand mengenai lapan kontena jatuh di laut perairan Ko Taratao akibat cuaca buruk dan ia hanyut menuju ke Langkawi.

Pada 1 Jun 2022 (Rabu), pusat Vessel Traffic Management Information System (VTMIS) JLM di Pejabat Laut Langkawi dan Pejabat Laut Negeri Perlis telah terima laporan dari nakhoda – nakhoda feri penumpang dan feri RORO bahawa kontena hanyut tersebut telah sampai ke laluan pelayaran Langkawi – Kuala Perlis.

Jadi, pemberi perkhidmatan dan pengawal selia sektor keselamatan pelayaran merupakan 2 dari 3 fungsi utama JLM.

Terdahulu, media Thailand melaporkan sejumlah 18 kontena hilang dari baj dikenali Namthong 27 yang dalam pelayaran rutin dari wilayah Trang ke Pulau Pinang pada akhir bulan lalu.

Sumber: Jabatan Laut Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang