Pada 1 Jun lalu, pihak juri telah memutuskan untuk berpihak kepada Johny Depp dalam kes saman fitnah membabitkan artikel yang ditulis oleh Amber Heard di Washington Post.
Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah sebulat suara memutuskan bahawa Amber Heard perlu membayar ganti rugi sebanyak RM 41.45 juta kepada Johnny.
Pun begitu, di sebalik kes perbicaraan hangat yang membabitkan selebriti Hollywood tersebut, terdapat satu informasi mendedahkan bahawa perbicaraan fitnah Johnny-Amber tersebut membawa kepada peningkatan yang tidak dijangka dalam permintaan untuk wangian Dior semasa prosiding itu berlangsung.
Pencarian wangian Dior Sauvage yang mana Johnny merupakan duta wangian tersebut, dilaporkan kian melonjak naik semasa prosiding ketika kes itu berlangsung.
Menurut satu carian yang dijalankan oleh Hey Discount, pencarian berkenaan minyak wangi itu di Google telah meningkat sebanyak 48% daripada 8,23,000 berbanding pencariannya pada Mac 2022 kepada 1.2 juta pada April 2022 semasa prosiding bermula.
Carian itu juga mendedahkan bahawa tontonan TikTok untuk Sauvage juga turut melonjak sebanyak 63% dalam jangka masa yang sama. Platform itu dilaporkan terharu dengan video mengenai perbicaraan fitnah itu.
Selepas keputusan dalam perbicaraan fitnah Johnny Depp dan Amber Heard, dalam kenyataannya yang dikeluarkan melalui jurucakap, Johnny berkata: “Keputusan saya untuk meneruskan kes ini, mengetahui bahawa saya perlu bersemuka dengan halangan yang amat besar dari segi undang-undang dan pandangan masyarakat dunia di dalam hidup saya yang tidak boleh dielakkan. Saya membuat keputusan ini setelah berfikir secara masak-masak.”
Pada khamis yang lalu, peguam Amber menjelaskan bahawa dia tidak dapat membayar ganti rugi sebanyak RM 45.41 juta kepada Johnny. Malah, Amber juga bercadang untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
Sumber: Hindustan Times