Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semua perkara kini berada di hujung jari…termasuklah cara buat passport!
Jika terdahulu sesiapa sahaja yang kehilangan atau kerosakan kad pengenalan, wajar untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mana kita terpaksa mengorbankan masa sehari suntuk ‘membuatnya’.
Namun begitu, sebenarnya kini terdapat perkhidmatan untuk memudahkan urusan masalah tersebut secara atas talian ataupun online melalui laman web JPN supaya pemohon dapat membuat urusan ini dengan cepat dan di mana sahaja.
Sejurus dengan itu, barangkali mungkin ramai lagi di luar sana yang masih menggunakan cara lama. Hal ini sebenarnya turut bersangkut paut bagi mereka yang berhajat untuk renew passport mereka juga.
Menurut perkongsian oleh Rafhanah Roshdi menerusi Facebook miliknya, dia menjelaskan bahawa urusan membuat passport baharu ataupun renew passport kini sudah berubah. Malah kini anda mampu untuk membuatnya secara online.
“Pelajaran yang diperolehi, mesti tahu apa syarat terbaru untuk renew passport anda, bukan macam zaman dulu-dulu dah ya. Sekarang renew terus 5 tahun. Tak ada pilih-pilih nak berapa tahun macam dulu. Bayar RM200 untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bayar RM100 sahaja,” ujar Rafhanah Roshdi.
Dia turut menjelaskan, “Untuk orang dewasa (18 tahun ke atas), sekarang buat online sahaja. Kena muat naik gambar salinan passport (berlatar belakang putih) masa mohon online tu nanti.
“Untuk orang dewasa proses mohon amat senang ya. Cuma kena celik ICT sedikit. Sebab nak kena cekap cara nak muat naik salinan gambar online itu sahaja. Lain-lain bahagian, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, tanya sahaja pejabat imigresen terdekat. Selesai masalah,”
Dalam pada itu, dia juga memberitahu cara untuk membuat passport bagi kanak-kanak,
“Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, kena pergi pejabat imigresen walk in bersama ibu atau bapa. Bawa bersama surat beranak asli (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), Mykid dan passport lama.
“Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir. Bahagian paling akhir kena tunggu selama sejam lepas proses pembayaran untuk ambil passport yang sudah siap dicetak.
“Jangan lupa bawa anak bersama sebab ada bahagian kena imbas cap jari dia masa ini. Jangan ingat dah selesai semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak tak perlu bawa anak dah. Datang untuk ambil sahaja (diri sendiri terkena aduh haha, berulang semula mengangkut anak).”
Sumber: Rafhanah Roshdi