Siakap Keli
trafik sesak
Kredit: LLM

Aliran Trafik Menghala Ke Plaza Tol Gombak Dilapor Sesak

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik sesak di beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak petang ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebook melaporkan bahawa trafik perlahan dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak arah Kuantan pada jam 4.30 petang tadi.

Selain itu, kesesakan juga turut dikesan berlaku di Hentian Sebelah Gombak ke PT Gombak arah Barat disebabkan oleh pertambahan jumlah kenderaan pada hari ini.

Sementara itu, aliran trafik sesak juga dilaporkan perlahan dari Lenteng menuju ke Bukit Tinggi arah Barat.

Hal ini berikutan sempena cuti sekolah yang bermula menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dan melakukan pelbagai aktiviti lain.

Justeru, kesemua pengguna jalan raya yang ingin menuju ke destinasi yang ingin dikunjungi dinasihatkan untuk merancang dahulu perjalanan dan memandu dengan selamat.

Sumber: Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.