Seorang lelaki dari Arab Saudi telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Amber Heard meskipun selepas artis wanita itu telah kalah dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya Johnny Depp, lapor Gulf News.
Menerusi nota suara yang dikongsi di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki Saudi itu memberi jaminan untuk membahagiakannya.
“Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak. ”
“Saya perasan bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak, oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak. Semoga Tuhan merahmati kita berdua.”
“Awak merupakan sebuah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam nota suara.
Video nota suara tersebut telah tular di media sosial dan dalam masa 14 jam, ia mendapat hampir 100,000 tontonan.
Pada Rabu lalu, Johnny Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati bahawa dia telah memfitnah Johnny Depp dengan tuduhan menderanya sepanjang hubungan mereka.
Juri telah memberikan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada aktor tersebut yang diakui oleh peguam Heard bahawa bintang Aquaman itu tidak mampu untuk membayarnya.
Sumber: GulfNews
Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’