Siakap Keli
Gambar: Google

Barcelona Tawar Peluang Sewa Stadium Nou Camp Untuk Majlis Perkahwinan

Pasukan Barcelona dilaporkan menawarkan peluang kepada peminatnya untuk menyewa padang Nou Camp bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi, lapor portal Sport Bible.

Menerusi sebuah kenyataan yang telah dimuat naik di laman Twitter rasminya, Barcelona juga turut akan menawarkan peminatnya untuk berkahwin di Nou Camp.

Kelab itu telah mengumumkan bahawa para peminat boleh menyewa stadium itu untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan.

Pakej termurah berharga RM7530.74, bertempat di ‘Foundation Lounge’. Kawasan tersebut sesuai untuk majlis perkahwinan kecil dengan anggaran tetamu seramai 25-50 orang.

Pakej termahal pula berharga RM63540.62, bertempat di ‘Grandstand hall’. Kawasan itu dilengkapi dengan beberapa pintu yang menghadap padang.

Para tetamu dapat menikmati pemandangan padang Nou Camp yang ikonik. Kawasan itu juga dapat memuatkan tetamu seramai 300-1000 orang.

Selain itu, kawasan teres Camp Nou juga boleh disewa dengan harga RM28240.28 dan RM32946.99. Harga tersebut bergantung pada kehadiran tetamu yang hadir.

Pelanggan yang menyewa memiliki masa selama enam jam di ruang pilihan mereka serta mendapat bantuan daripada pihak Nou Camp dalam kerja pembersihan sebelum dan selepas majlis berlangsung.

Menerusi portal Sport Bible, pada tahun 2015, sepasang suami isteri telah melangsungkan perkahwinan mereka di sisi padang tersebut.

Barcelona kini dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan, dengan baru-baru ini dilaporkan mereka perlu menjana pendapatan melebihi €500 juta (RM2353 juta) sebelum 30 Jun.

Selain majlis perkahwinan, Blaugrana juga menawarkan peminat peluang untuk bermain di padang mereka.

Antara 6 Jun dan 11 Jun, peminat boleh membayar RM1412 untuk bermain di Nou Camp selama sejam. Rakan dan keluarga juga boleh menonton dengan bayaran RM141.

Tawaran ini termasuk sekurang-kurangnya 40 minit masa bermain, penggunaan bilik persalinan dan pancuran mandian serta pengalaman berjalan keluar dari terowong.

Satu kenyataan di laman web kelab itu menyatakan: “Pernahkah anda bermimpi bermain di Camp Nou?

“Pada musim panas ini, penuhi impian anda dan daftar untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan yang dianjurkan oleh FC Barcelona di padang stadium.”

Sumber: Sport Bibble

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.