Walaupun pelbagai pendapat menyatakan bahawa Malaysia mempunyai antara hidangan terbaik di dunia, namun portal TasteAtlas telah menyenaraikan Malaysia di tangga ke-46 daripada 50 negara.
Untuk mengetahui hidangan yang paling popular disenaraikan oleh portal TasteAtlas, ikuti artikel ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan etnik. Justeru, tidak hairan sekiranya Malaysia dikenali sebagai syurga makanan.
Menurut Food Atlas, yang merupakan sebuah laman makanan, Malaysia berada di senarai ke-46 dunia bagi hidangan dan produk makanan terbaik di dunia.
Juadah makanan Malaysia mendapat rating setinggi 4.19 daripada 5.00. Oleh itu, terbukti bahawa makanan Malaysia antara makanan yang digemari oleh penduduknya sendiri malah para pelancong.
Menurut laman tersebut, 3 makanan yang paling popular di Malaysia ialah Laksa, Nasi Lemak dan Char Kuey teow.
Bagi penggemar makanan tersebut, laman itu juga turut memaparkan kedai-kedai yang memiliki rating tertinggi. Jadi, para pengguna boleh merasai kenikmatan makanan yang disajikan.
Tambah laman itu lagi, kedudukan ranking bagi setiap negara diperolehi berdasarkan oleh penilaian purata pengguna bagi 30 hidangan makanan dan minuman terbaik di negara tersebut.
Negara yang tiada dalam senarai adalah disebabkan tidak mempunyai jumlah yang disyaratkan untuk dinilai.
Sumber: Food Atlas