Baru-baru ini, para saintis telah menemui jawapan dan menjelaskan mengapa, walaupun mempunyai banyak persamaan, Uranus dan Neptun mempunyai rupa dan warna yang sangat berbeza.
Kajian ini menarik perhatian para saintis kerana dua planet ini merupakan planet yang paling jauh dalam sistem suria. Oleh yang demikian, dua planet ini mempunyai jisim, saiz dan komposisi atmosfera yang serupa. Namun, Neptune kelihatan lebih biru daripada Uranus.
Oleh itu, penyelidikan baru yang diketuai oleh Profesor Patrick Irwin di Universiti Oxford telah mengesan terdapat lapisan jerebu di kedua-dua planet dan ianya berada di belakang warna yang berbeza.
Kedua-dua planet akan kelihatan hampir berwarna biru yang sama jika tiada jerebu di atmosfera mereka, hasil kajian itu.
Menurut Dr Mike Wong dari Universiti California, beliau berpendapat perbezaan warna antara Uranus dan Neptune adalah bonus yang tidak dijangka.
Membuat pemerhatian daripada Teleskop Angkasa Hubble, kemudahan Teleskop Inframerah Nasa dan Teleskop Gemini Utara, pasukan penyelidik antarabangsa telah membangunkan model untuk menerangkan lapisan aerosol dalam atmosfera kedua-dua planet tersebut.
Prof Irwin selaku ketua penyelidikan berkata “Ini adalah model pertama dan pada masa yang sama menyesuaikan pemerhatian dengan cahaya matahari yang dipantulkan daripada ultraungu kepada panjang gelombang dekat-inframerah.”
Beliau juga menambah, “kajian ini merupakan yang pertama menjelaskan perbezaan warna yang boleh dilihat antara Uranus dan Neptune.”
Model ini melibatkan tiga lapisan jerebu pada ketinggian berbeza dalam atmosfera dua planet.
Lapisan tengah zarah jerebu adalah lebih tebal di Uranus berbanding di Neptun sekaligus memberi kesan perbezaan warna diantara kedua-dua planet, kata saintis.
Selain itu, di kedua-dua planet tersebut, ais metana terpeluwap pada zarah di lapisan tengah dan membentuk hujan salji metana yang menarik zarah jerebu berada lebih dalam ke atmosfera.
Neptun mempunyai atmosfera yang lebih aktif dan bergelora berbanding Uranus, menunjukkan bahawa atmosferanya lebih cekap untuk mengaduk gas ke dalam lapisan jerebu di mana ia boleh menjadi titik-titik air yang halus pada zarah jerebu dan menghasilkan salji.
Oleh itu, Neptune kelihatan lebih biru, manakala lebihan jerebu di Uranus yang terkumpul di dalam atmosfera membuatkannya bertakung dan lembap seterusnya menghasilkan warna yang lebih ringan.
Hasil penyelidikan juga menunjukkan kehadiran lapisan kedua yang lebih dalam pada model.
Apabila gelap, lapisan kedua ini menghasilkan bintik-bintik gelap di mana ianya boleh dilihat di Neptun dan secara titik-titik hitam kecil di Uranus, seperti Great Dark spot (GDS-89) yang terkenal di Neptun yang diperhatikan oleh Voyager 2 pada tahun 1989.
Dr Mike Wong, seorang ahli astronomi di University of California, Berkeley, berkata “kami berharap pembangunan model ini akan membantu kami memahami awan dan jerebu di atmosfera gergasi ais.”
Sumber: independent.co.uk