Siakap Keli
berbaloi ke sambung master
Gambar: Twitter Sitijamil92

Berbaloi Ke Nak Sambung Master? Graduan Dalam Dilema Kena Baca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah graduan atau lepasan ijazah sarjana muda mesti terfikir sejenak tentang berbaloi ke sambung ‘master’ atau sarjana atas pelbagai faktor.

Ramai yang beranggapan yang melanjutkan pelajaran pada tingkat master merugikan kerana faktor masa, selain kos yang lebih tinggi berbanding dengan ijazah sarjana muda dan ke bawah.

Walau bagaimanapun, ia mungkin dilihat dari sudut jangka masa pendek. Sebenarnya, ia berbaloi bagi para graduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master.

Hal ini kerana tidak ramai yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia memerlukan syarat-syarat yang diperuntukkan untuk menjejakkan ke menara gading.

Oleh itu, kita perlu mengenggam dengan rapat setiap peluang yang ada di depan mata kerana tidak semua orang boleh merasainya.

Untuk lebih pencerahan mengenai berbaloi ke sambung master ataupun tidak, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Sitijamil92 di Twitter miliknya.

 Berbaloi Ke Sambung Master?

Alhamdulillah 25/5/2022 rasmi sebagai graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik). Ada yang tanya saya berbaloi ke ambil Master? Jawapan saya selepas saya bekerja. Ya, berbaloi. Jum saya kongsikan

Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi.

Begitu juga di universiti, dahulu ada master sahaja atau degree boleh juga jadi pesnyarah. Sekarang sesetengah universiti, semua pensyarah perlu ada pangkat Doktor Falsafah. Tidak mustahil suatu hari nanti yang mengajar di sekolah pun perlukan master.

Seperti saya mengajar di kolej vokasional kebanyakkan pensyarah ada master / sedang sambung. Mereka kata, persediaan jika Kementerian mengarahkan pensyarah KV mengambil master. Oleh itu, dalam bidang pendidikan tidak rugi untuk sambung ke peringkat lebih tinggi.

Tambahan dunia semakin maju, sekolah rendah pun sudah belajar untuk kenal teknologi. Mereka memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang yang diceburi seiring kemajuan teknologi dunia.

Jika anda dalam bidang pendidikan, sangat berbaloi sambung master kerana ada 3 sebab berdasarkan pengalaman saya pertama, dapat banyak pengalaman belajar boleh digunakan ketika sudah mengajar, kedua persediaan jika ingin sambung PHd dan ketiga adalah tangga gaji yang berbeza dengan degree.

1) Pengalaman

Ketika sambung master sama ada course work atau research, kita akan belajar sesuatu yang lebih mendalam dalam bidang yang diceburi. Pengalaman yang ada, boleh dijadikan modal untuk mengajar didalam kelas supaya pelajar lebih jelas tentang sesuatu topik.

2) Persediaan sambung phD

Master merupakan persediaan untuk sambung peringkat PhD. Cara penulisan, kajian dan persediaan sama sahaja lebih kurang seperti PhD. Jika nak sambung Phd selepas Master jangan risau kerana prosesnya sama.

3) Tangga gaji berbeza

Ha yang ini semua orang suka kan?. Ya, jika kita dipostingkan dengan gred DG41 namun jika mempunyai master tangga gaji kita akan lebih daripada pemegang degree pendidikan. Alhamdulillah.

Ada seorang pensyarah saya berkata nak sambung belajar niat kena betul. Jika gaji kita kejar, gaji besar sahajalah kita dapat. Jika niat kita nak kembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang diceburi inshaAllah kita akan dapat ilmu yang berpanjangan.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada mereka yang ingin sambung belajar. Terutamanya dalam bidang pendidikan, semoga dapat posting awal. Amin

Sumber: Twitter Sitijamil92

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"