Kelibat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 pemerintahan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom (UK) telah berjaya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di akaun Facebook rasmi beliau.
Menurutnya, perbarisan tersebut telah disertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Tentera Darat Malaysia.
Tambahnya, pasukan tentera dari Malaysia telah dijemput kerana prestij dan penghormatan.
“Ya, yang putih, seragam dan sederap tu perajurit Angkatan Tentera Malaysia kebanggaan kita!
“Dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Terbang jauh ke United Kingdom demi kibarkan Jalur Gemilang.
“Kerana prestij dan penghormatan, ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom,” tulisnya.
https://www.facebook.com/HishammuddinH2O/videos/357363323164091/
Sumber: Hishammuddin Hussein