Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bakal diumumkan pada Khamis, 16 Jun ini.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media pada hari ini, Selasa, 7 Jun 2022.
Difahamkan, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan tersebut daripada sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi 16 Jun ini. Bagi calon persendirian pula, slip akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.
Selain itu, semua calon juga boleh menyemak keputusan SPM masing-masing melalui dua cara lain iaitu secara atas talian dengan melayari portal myresultspm.moe.gov.my.
Manakala melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM>jarak<noKP>jarak<angka giliran dan hantar ke 15888. Kedua-dua sistem ini juga akan diaktifkan pada tarikh dan waktu sama yang telah ditetapkan oleh KPM.
SPM 2021 menjadi peperiksaan utama yang paling mencabar untuk KPM kerana kita masih dalam proses pemulihan selepas pandemik Covid-19 melanda dunia.
Walaupun ketika itu negara mengalami peningkatan kes Covid-19, namun peperiksaan SPM tetap dijalankan seperti yang dijadualkan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan pada ketika itu.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia