Siakap Keli

‘Ruma 33, Glomac’ Terjual Sepenuhnya Walaupun Baru Tiga Bulan Dilancarkan

Kuala Lumpur, 7 Jun 2022 – Projek kediaman lereng bukit Glomac yang dikenali sebagai Ruma 33, telah habis dijual sejak pelancarannya Disember tahun lepas. Ini menandakan adanya permintaan untuk rumah berkualiti tinggi di kalangan pembeli hartanah.

Dengan nilai pembangunan kasar (gross development value /GDV) dalam sekitar RM28.5 juta, projek rumah teres dua tingkat ini terletak di Saujana Sungai Buloh, sebuah kawasan perumahan pinggir bandar yang matang di sekitar Lembah Klang.

Dijangka siap pada tahun 2023, harga 33 unit rumah ini bermula dari RM669,000. Lokasinya hanya 25 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia juga terletak berhampiran lebuhraya utama untuk kemudahan akses.

Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan keadaan pasaran hartanah kurang kukuh disebabkan kesan COVID-19 ke atas kuasa beli pembeli keseluruhannya, namun Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Encik Zulkifly Garib berkata, terdapat permintaan tinggi dari mereka yang inginkan rumah yang berkualiti serta harta tanah yang luas.

“Pandemik COVID-19 mengubah gaya hidup kita dengan begitu ketara. Kini ramai yang lebih suka duduk di rumah dari menghabiskan waktu di luar. Tambahan lagi, ramai yang masih mengamalkan bekerja dari rumah. Oleh itu lebih banyaklah permintaan untuk kediaman harta tanah yang lebih luas dan bermutu.”

Dengan ruang lantai yang dibina seluas 2,222 hingga 2,245 kaki persegi, kesemua 33 rumah Ruma disiapkan dengan rekabentuk dwi-fasad. Setiap unit akan dilengkapi dengan dua ruang bahagian hadapan, disambut pemandangan indah serta persekitaran yang luas.

Potensi projek akan datang yang dimiliki Glomac bernilai anggaran RM8 billion. Oleh itu, syarikat ini melancarkan lebih banyak produk hartanah untuk pelbagai segmen pasaran di masa hadapan, termasuk rumah berkualiti dan mampu milik.

Tahun ini, Glomac bercadang untuk melancarkan beberapa buah projek baru termasuk rumah dua tingkat di Saujana KLIA serta Rumah Selangorku di Glomac Lakeside Residence, Puchong.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.