Siakap Keli
ditarik orang utan
Kredit: Memomedsos

Sampai Terkoyak Baju, Pemuda Berdepan Detik Cemas Ditarik Orang Utan

Satu klip video memaparkan seorang lelaki yang mengalami detik cemas apabila ditarik orang utan di Riau, Indonesia telah menjadi tular di media sosial.

Menurut video yang dimuat naik, orang utan yang diberi nama Tina itu telah menarik baju lelaki tersebut sehingga koyak ketika lelaki itu ingin berinteraksi dan bersalam dengannya.

Tak lama selepas itu, seorang lelaki yang merupakan kawan kepada mangsa muncul untuk membantu, namun hampir ditarik oleh orang utan itu juga.

Dia berusaha untuk menolong lelaki tersebut namun cengkaman orang utan itu terlalu kuat dan sukar dilepaskan.

Setelah itu, lelaki berkenaan cuba untuk menendangnya melalui jeriji, namun tindakannya itu makin memburukkan keadaan apabila orang utan tersebut berjaya menggapai dan menangkap kakinya.

“Kakiku, kakiku ditarik. Tolong!”, jeritnya sambil panik.

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ia telah ditonton lebih 70 ribu kali.

Sumber: Suara.com

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin