Siakap Keli
Kredit: Douyin

Bijak, Anjing Husky Ini Tular Selepas Dirakam Masak Nasi Untuk Tuannya

Tular di media sosial mengenai seekor anjing husky memasak nasi untuk tuannya, lapor South China Morning Post.

Menurut South China Morning Post, anjing husky itu telah menghidupkan periuk nasi elektrik tersebut selepas mendengar arahan daripada tuannya melalui kamera CCTV.

Anjing husky yang bernama Lucky itu difahamkan tinggal sendirian di rumah ketika tuannya, Zhou pergi membeli barang dapur di luar.

Menurut Zhou, sebelum keluar, dia sudah siap-siap mencuci beras dan meletakkannya ke dalam periuk nasi.

Dia tidak menyangka bahawa dia terpaksa mengambil masa yang lama di luar. Disebabkan itu, dia telah cuba mengarahkan Lucky untuk menyediakan makan malam melalui kamera CCTV.

“Lucky, saya akan lambat sedikit. Boleh tak awak hidupkan periuk nasi elektrik itu?”, arah Zhou kepada Lucky.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial Duoyin, Lucky dilihat berdiri dan menggunakan kaki hadapannya untuk menekan butang periuk nasi tersebut.

Meskipun Zhou perlu memberitahunya beberapa kali, Lucky dikatakan boleh memahami dan mengikuti arahan yang diberikan dengan baik.

“Ini merupakan kali pertama Lucky menghidupkan barangan meskipun pernah diajar beberapa kali”, tambah Zhou.

Lucky merupakan anjing yang pandai dan cepat belajar, katanya pada South China Morning Post.

Zhou turut memberitahu bahawa Lucky telah diajar beberapa kerja rumah termasuk flush tandas serta membuka dan menutup suis lampu.

“Namun, Lucky hanya mendengar arahan saya seorang sahaja. Dia kelihatan tidak dapat memahami apa yang isteri saya arahkan,” kata Zhou.

Sumber: South China Morning Post/BFM

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.