Sudah menjadi fitrah manusia dicipta berpasangan, iaitu lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki. Begitu juga dengan haiwan yang perlu berpasangan dan membiak bagi meneruskan ‘legasi’ spesiesnya.
Namun, perbezaan ‘cinta’ antara manusia dan haiwan juga boleh dikatakan amat besar daripada banyak sudut. Kebanyakan haiwan tidak statik pada satu pasangan sahaja setiap kali mengawan.
Namun jangan tak percaya, rupa-rupanya ada juga beberapa jenis haiwan yang hanya bersama dengan satu pasangan sahaja seumur hidup, sehinggalah salah satu daripada kedua-duanya mati.
Oleh itu, Siakap Keli hari ini suka untuk kongsikan satu fakta menarik bagi tiga haiwan yang hanya hidup dengan satu pasangan sebagai sebuah keluarga lengkap. Ia merangkumi ibu, ayah dan anak-anak yang dipetik daripada perkongsian Indo Zone.
1. Angsa
Menurut Indo Zone, angsa membentuk ikatan pasangan monogami yang bertahan selama bertahun-tahun dan dalam beberapa keadaan, ada juga yang mampu bertahan seumur hidup mereka. Walaupun kelihatan seperti sesuatu yang romantik, kehidupan sepasang angsa lebih sukar kerana menpertahankan cintanya.
Jika diperhatikan lingkaran hidup habitat angsa, waktu yang diperlukan mereka untuk berhijrah, mengeramkan telur serta membesarkan anak-anak mereka, jadi masuk akan jika haiwan ini tidak mahu membuang waktu mencari pasangan yang baru.
2. Anai-Anai
Ketika berfikir soal pasangan haiwan yang setia hingga hujung nyawa, pasti anai-anai langsung tidak terlintas di fikiran kita. Tidak seperti semut yang berpasangan dengan banyak jantan sebelum mereka mati, anai-anai merupakan salah satu serangga yang sangat setia dengan pasangan mereka.
Difahamkan, anai-anai hanya ‘kahwin’ sekali sahaja seumur hidup mereka. Jadi, seluruh koloni mereka betul-betul hanya ayah, ibu dan rubuan anak mereka.
3. Serigala
Serigala memiliki keluarga sama seperti manusia yang terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak mereka. Jadi, sebenarnaya serigala tidaklah hidup bersendirian. Serigala juga dikenali sebagai haiwan yang sangat setia dan hanya memiliki satu pasangan sahaja seumur hidup.
Memetik Indo Zone, serigala tidak akan bersama dengan serigala lain selagi dia masih memiliki pasangan.
Sumber: Indo Zone