Siakap Keli
Gambar: Mothership

KFC Australia Terpaksa Letak Kubis Dalam Burger Ekoran Kekurangan Bekalan Salad

KFC di Australia meletakkan kubis dalam burgernya kerana mengalami kekurangan bekalan salad disebabkan oleh harga yang melambung tinggi, lapor Bloomberg pada 7 Jun lalu.

Kebiasaannya, burger yang dihidangkan akan menggunakan salad. Namun, campuran salad dan kubis akan digunakan di dalam menu burger di seluruh restoran KFC di seluruh negara kata syarikat itu kepada para pelanggan.

Kejadian ini sekurang-kurangnya telah berlaku untuk kali yang kedua pada tahun ini di mana KFC Australia terpaksa menangani komponen makanan ruji yang terjejas itu.

Pada Januari 2022 yang lalu, KFC Australia terpaksa memotong atau menghadkan menu akibat kekurangan ayam.

Cuaca Buruk

Masalah ini berlaku disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan makanan disebabkan oleh banjir besar di seluruh pantai timur Australia. Kejadian itu telah menyebabkan banyak kemusnahan pada sebahagian besar tanaman salad pada awal tahun 2022, kata KFC.

S$11.90 untuk salad aisberg

Pengguna Australia kini perlu membayar lebih untuk bahan salad semasa membeli-belah runcit. Di Australia, salad aisberg berharga A$12 (S$11.90) sekarang, dan banyak aduan yang timbul di media sosial disebabkan kenaikan harga.

Selain itu, sebiji tembikai di sana juga berharga lebih daripada A$25 (S$24.90).

Isu Rantaian Bekalan Makanan

Menurut jurucakap pihak kerajaan di Abares, banjir yang berpunca daripada bencana adalah penyebab harga buah-buahan dan sayur-sayuran di Australia menjadi semakin tinggi di samping menjadi pengeksport hasil utama.

Harga pengguna untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Australia meningkat tinggi pada suku Mac, masing-masing sebanyak 4.9 peratus dan 6.6 peratus, menurut Abares.

Negara masih bergelut dengan gangguan rantaian bekalan berikutan dengan berlakunya pandemik dan kekurangan tenaga buruh yang berterusan, serta akses kepada jentera import yang penting.

Abares berkata dalam tinjauan suku tahunannya pada 7 Jun bahawa “hampir semua aspek rantaian bekalan menghadapi tekanan inflasi” pada tahun 2022 dan 2023, apabila dalam keadaan “masa biasa”, pengeluaran di kawasan lain “menjadi tersedia untuk mengisi jurang bekalan” supaya dapat membawa kepada pemulihan harga buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sumber: mothership.sg

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.