Malaysia memulakan langkah kanan dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan apabila berjaya menjaringkan tiga gol.
Biarpun wisel perlawanan untuk separuh masa pertama belum dibunyikan namun pasukan negara telah berjaya menekan permainan Turkmenistan.
Gol pertama telah dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-11 hasil daripada bola muntah yang ditepis oleh penjaga gol pasukan Turkmenistan.
Manakala gol kedua pula berjaya dihasilkan Faisal Halim pada minit ke-16 menerusi kesilapan daripada pertahanan Turkmenistan.
Namun, pada minit ke-37, pasukan Turkmenistan berjaya merapatkan kedudukan susulan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Malaysia.
Tambah manis buat pasukan Malaysia apabila Corbin Ong berjaya menambah derita pasukan Turkmenistan selepas berjaya menyumbat gol ketiga buat Malaysia pada minit-minit akhir separuh pertama.
Berikut merupakan jaringan gol yang dihasilkan mereka.
GOL!!!
11' Safawi RasidQualifiers AFC Asian Cup 2023 pic.twitter.com/3gAxCtuao5
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 8, 2022
GOL!!! TKM 0 – 2 MAS
16' Faisal HalimQualifiers AFC Asian Cup 2023#TKMMAS pic.twitter.com/bIUhRq9khl
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 8, 2022
GOL!!! TKM 1-3 MAS
47' Corbin-OngQualifiers AFC Asian Cup 2023 pic.twitter.com/DeuEwOt2c2
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 8, 2022
Perlawanan masih berlangsung, teruskan menyokong pasukan negara. Moga kemenangan milik kita.
Sumber: Astro Arena