Ketika berada di ‘perut’ hutan belantara, terdapat banyak cara untuk kita ikhtiar hidup. Demikianlah seperti yang dikongsikan mengenai tips survival guna daun lemba oleh lelaki ini.
Tatkala sesetengah insan sedang leka ‘dibuai’ teknologi pada era kini, namun rupanya ada lagi manusia yang masih mencintai alam sekitar, misalnya dengan menerokai hutan untuk mengisi masa lapang.
Oleh hal demikian, semakin kita berunsur pulih daripada wabak penularan Covid-19, semakin ramai yang mula menghargai alam semulajadi, termasuklah pergi ke gunung untuk mendaki dan hutan untuk diterokai.
Hal ini sememangnya tidak menjadikan satu masalah bagi mereka yang sudah mahir dalam selok-belok di dalam hutan. Tidak dapat disangkal lagi, terdapat banyak tips atau cara untuk mengharungi cabaran-cabaran yang ada.
Bagaimanapun, hal ini akan menjadi sukar kepada mereka yang kekurangan ilmu survival yang mana ia merupakan salah satu punca menyebabkan seseorang itu sukar bertahan dalam situasi terdesak di dalam hutan.
Menerusi satu rakaman video di TikTok yang berdurasi dua minit 29 saat, seorang lelaki yang memegang nama akaun Long Survival telah berkongsi kepada khalayak ramai mengenai tips survival di hutan, antaranya cara menggunakan daun lemba.

Tips survival dengan menggunakan daun lemba ini juga adalah salah satu kaedah yang boleh dijadikan tindakan asas dalam menyelamatkan seseorang ataupun diri kita sebagai ikhtiar untuk terus hidup.
Dalam rakaman video itu, dia telah menerangkan secara spesifik mengenai ciri-ciri daun lemba tersebut untuk memberikan penjelasan yang jelas.
Menurutnya, buah lemba yang mempunyai rasa manis itu akan mengekalkan rasanya. Sekali gus, apabila anda makan atau minum makanan yang lain, secara tidak langsung ia turut berasa manis meskipun hanya minum air putih.
Selain itu, daunnya pula boleh dijadikan tempat untuk memasak air atau membalut luka sekiranya tidak mempunyai kain pembalut. Untuk penerangan lebih lanjut, sila tonton perkongsiannya di bawah ini.
@longsurvival pokok lemba dalam ikhtiar hidup survival skills semoga bermanfaat #camping #support #foryoupage #skills #junglesurvival #bushcraft #cousre #survival #fyp #fypp #fyppppppppppppppppppppppp
Ilmu yang dikongsikan di dalam akaun Tik Tok miliknya itu sememangnya satu tindakan yang harus dipupuk oleh orang ramai untuk kegunaan semasa.
Berbagai-bagai cara yang dikongsikan untuk khalayak ramai khususnya dijadikan panduan ketika berada di dalam hutan.
Difahamkan juga, beliau bukan sahaja berkongsi tips-tips asas untuk survival di dalam hutan menerusi TikTok, tetapi juga turut memuat baik perkongsian di platform YouTube miliknya.
Sebagai intiha, perkongsian maklumat yang berilmiah dan membantu orang ramai seperti ini sangat digalakkan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan media sosial kerana manusia sejagat kini hampir menghabiskan masanya di ‘dunia kedua’ ini.
Sumber: Longsurvival