Siakap Keli

Air Selangor Lancar Episod Keempat BoBoiBoy Air Bersama Monsta Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Animonsta Studios  Sdn Bhd (Monsta), penerbit siri popular BoBoiBoy hari ini melancarkan episod keempat siri  BoBoiBoy Air sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Episod keempat siri ini  merupakan lanjutan usaha sama antara Air Selangor dan Monsta yang pertama kali  dilancarkan pada Jun 2021 yang lalu.  

Kolaborasi ini mengukuhkan lagi komitmen berterusan Air Selangor dalam mempertingkatkan  kesedaran sivik orang ramai untuk menjaga alam sekitar terutamanya sumber air mentah. Melalui usaha ini juga Air Selangor mengambil langkah proaktif dan kreatif untuk menggalas  peranan mendidik komuniti setempat tentang cara-cara penggunaan air yang bijak serta  kepentingan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.  

Menerusi satu sesi tayangan khas di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall, Air  Selangor bersama Monsta menjemput seramai 80 orang anak-anak yatim daripada Rumah  Kasih Harmoni Paya Jaras dan Asrama Damai Kuang serta rakan media bagi menyaksikan  episod keempat siri BoBoiBoy Air. Episod ini menceritakan perjalanan BoBoiBoy dalam  menentang Raksasa Sampah bagi memastikan sungai terlindung daripada sebarang  pencemaran. 

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, “Kami sangat berbesar hati  untuk meneruskan usaha khidmat masyarakat dalam mendidik orang ramai yang merupakan  pengguna air tidak kira di mana sahaja mereka berada kerana tanggungjawab untuk menjaga  sumber air seperti sungai misalnya perlu digalas oleh semua pihak. Menerusi siri animasi  BoBoiBoy Air ini, kami telah berjaya menjangkau lebih 7.7 juta tontonan dengan harapan  mesej murni ini sampai kepada orang ramai dan dapat dijadikan amalan untuk kesejahteraan  alam sekitar jangka masa panjang. Jika setiap daripada kita menjalankan tugas kita untuk  menjaga sumber air daripada dicemarkan, saya yakin kita akan dapat menikmati faedahnya  untuk tahun-tahun akan datang”.

Bercakap tentang kerjasama antara Air Selangor dan Monsta ini, Ketua Pegawai Eksekutif  Monsta Nizam Abd Razak berkata, “Monsta berharap hasil kolaborasi bersama ini dapat  memberi impak positif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak bak kata pepatah, nak  melentur buluh biarlah dari rebungnya. Manfaatnya adalah untuk kita semua, sumber air  yang bersih bukan sahaja untuk kebaikan kita sekarang malah akan diwarisi oleh generasi  masa hadapan. Oleh itu besar harapan kami agar kolaborasi ini dapat memberikan tunjuk ajar  tentang kepentingan sumber air bersih kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.” 

Selain memperkasakan usaha pemuliharaan sumber air menerusi siri animasi BoBoiBoy Air,  Air Selangor juga turut memacu usaha pemuliharaan sumber air menerusi HydroSquad yang  telah menampilkan selebriti dan personaliti tanah air, Nabil Ahmad, Aishah Sinclair dan  Arwind Kumar atau lebih dikenali dengan persona Mak-Cik Roastmah. Bersama-sama Air  Selangor, mereka membincangkan topik-topik pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air  secara informatif melalui Water Handbook kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi siri  Master Class HydroSquad Air Selangor yang boleh diikuti di laman Facebook dan Instagram  rasmi Air Selangor.  

Siri animasi BoBoiBoy Air boleh ditonton di laman Facebook dan Youtube rasmi Air Selangor  untuk sama-sama memahami kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air  mentah serta alam sekitar. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air  Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di  talian 15300. Sebarang soalan boleh ajukan kepada Help Centre di laman sesawang  www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.