Polis Kuala Lumpur melaporkan terdapat banjir kilat landa KL susulan daripada hujan lebat yang berlaku petang tadi.
Satu kejadian banjir kilat dilaporkan telah berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan yang melanda pada petang tadi.
Menerusi perkongsian Polis KL di Facebook, banjir kilat telah berlaku di daerah Dang Wangi iaitu di Bukit Nanas Jalan Ampang. Bagaimanapun, kenderaan masih boleh melalui jalan tersebut dan air berada di paras buku lali.
Di Jalan Ampang pula, air berada di paras betis dan hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui oleh kenderaan.
Bagaimanapun, keadaan di kebanyakan lokasi tersebut masih lagi terkawal dan air telah pun surut.
Tidak cuma itu, trafik juga dikatakan telah berjalan lancar.
https://www.facebook.com/PolisKL/posts/390793476408082
https://www.facebook.com/PolisKL/posts/390801516407278
Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan bahawa terdapat beberapa negeri yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat termasuk di Kuala Lumpur.
Cuaca buruk itu diramal akan melanda sehingga jam 7 malam ini.
Sumber: Polis KL