Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki ajar cara towing kereta secara percuma melalui insuran di media sosial.
Tidak ramai yang mengetahui sebenarnya towing kereta dapat dilakukan secara percuma. Apabila kereta rosak di jalan raya, pasti mestilah kita mahu ia segera dibawa ke bengkel untuk dibaiki, kan?
Oleh itu, kereta yang rosak tersebut perlulah ditunda ataupun towing ke bengkel. Namun jangan lupa, menunda kereta ke bengkel menggunakan lori tunda juga memerlukan sejumlah kos.
Tapi mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya kita boleh menggunakan perkhidmatan lori tunda secara percuma tanpa apa-apa bayaran pun. Macam mana? rahsianya ada di sebalik pelekat road tax di cermin.
Untuk mengetahui bagaimana langkah yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan perkhidmatan towing secara percuma, jom ikuti sebuah video yang tular dan dimuat naik oleh farqhan.com di aplikasi TikTok.
@farqhan.com #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #courierhub
♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Dalam video yang berdurasi satu minit 18 saat itu, lelaki tersebut menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sewaktu kereta rosak tersadai di tepi jalan.
Lelaki berkenaan menyatakan, kereta yang rosak perlu diletakkan di bahu jalan dan lampu hazard (kecemasan) perlu dibuka untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain.
Selain itu, dia juga menjelaskan, sekiranya suhu kereta meningkat, pastikan bonet depan kereta dibuka untuk penyejukan menerusi ruang terbuka.
Akhir sekali, anda perlu semak nombor pada bahagian belakang cukai jalan (road tax) di cermin dan menghubunginya untuk mendapatkan bantuan trak towing secara percuma.
Video itu telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan 168,000 tanda ‘suka’ dengan info yang dikongsikan setakat artikel ini ditulis.
“Aku kerja call centre road side assistance insurans, brother ni share 1000% accurate points ESPECIALLY part jangan duduk dekat kete tu,” komen Louis Firdaus.
“Info terbaik bosskur,” kata Boss James
Itu antara komen yang membanjiri ruangan komen TikTok farqhan.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh diamalkan ketika ‘tiba masanya’ nanti.
Sumber: Tiktok farqhan.com