Siakap Keli
tidurkan kambing
Kredit: The Mainichi

Ladang Ternakan Tular, Tawar Tiket Percuma Kalau Dapat Tidurkan Kambing

MUTSUSAWA – Sebuah acara yang diadakan di ladang ternakan kambing di Timur Jepun telah tular kerana membenarkan para pengunjung masuk secara percuma dengan syarat, boleh tidurkan kambing dalam pelukan mereka, lapor akhbar The Mainichi.

Inisiatif itu membenarkan para pengunjung ladang Mutsuzawa Yagi Bokujo untuk memeluk, mendodoikan dan tidurkan anak kambing yang diabaikan oleh induknya.

Menurut pihak pengurusan ladang tersebut, maksud tersirat di sebalik acara yang diadakan adalah untuk memberi ketenangan dan kasih sayang yang didambakan oleh pengunjung dan kambing tersebut.

Menerusi sebuah video pada 1 Jun lalu, dua orang wanita iaitu Mai Ito, 37 dan Shizuka, pengunjung ke ladang tersebut, kelihatan tersenyum sambil memeluk anak kambing. Anak-anak kambing yang berada dalam pangkuan mereka juga kelihatan semakin mengantuk apabila dibelai.

kedua-dua wanita tersebut kelihatan sukar untuk memeluk haiwan itu pada mulanya, namun selepas mereka mencuba untuk mendodoikannya, perlahan-lahan anak kambing itu menjadi jinak lalu terlena.

Sepasang anak kambing itu, dinamakan Wakaba dan Yume. Masing-­masing berusia tiga dan dua minggu setelah dilahirkan daripada induk berasingan pada Mei lalu tetapi diabaikan.

Keesokan harinya, Kawawa mula menawarkan kemasukan percuma bagi mereka yang boleh menidurkan anak kambing tersebut.

Bayaran kemasukan biasa adalah 800 yen (RM26) untuk orang dewasa dan 500 yen (RM16) untuk pengunjung kanak-kanak.

Sumber: The Mainichi

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.