Siakap Keli
lelaki tikam teman wanita
Sumber: ndtv

Lelaki Tekad Tikam Teman Wanitanya, Bengang Diri Diabaikan

Seorang lelaki tekad tikam teman wanitanya menggunakan pisau sebelum bertindak menelan asid dalam satu kejadian di Ranhola, barat Delhi baru-baru ini.

Menurut polis, suspek dikatakan baru saja berkahwin dengan seorang wanita lain, namun dalam masa sama, teman wanitanya itu tidak mahu melayannya lagi hingga membuatkannya marah.

Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke kelas komputer yang perlu dihadirinya, namun suspek menyedari kelibatnya ketika itu.

Suspek mengejar mangsa dan bertanya, “Kenapa tak angkat call?” dan mengapa dirinya diabaikan, namun jawapan yang diberikan wanita itu mungkin mencetus kemarahannya.

Kejadian berpunca apabila lelaki itu berang selepas mendakwa dirinya diabaikan sebelum nekad menikam bahagian paha mangsa dengan sebilah pisau.

Selepas melakukan jenayah berkenaan dia dipercayai telah bertindak menelan cecair asid sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut polis lagi, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, namun dibenarkan keluar pada hari yang sama.

Manakala suspek pula perlu menjalani rawatan lebih lanjut di Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) dipercayai gara-gara tindakannya menelan asid.

Sementara itu, seorang pegawai kanan polis tempat memaklumkan, mangsa sudah menjalinkan hubungan dengan suspek sejak tiga tahun yang lalu.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan (India) atas kesalahan sukarela menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya.

Sumber: ndtv

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.