Siakap Keli
ribut petir dan hujan lebat
Gambar Hiasan Via Google

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Badai Hampir Seluruh Negara Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga 7.00 malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka.

Selain itu, antara negeri yang terlibat adalah negeri Kedah iaitu di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pulau Pinang pula, daerah yang terlibat adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak, ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin,” kata MetMalaysia menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor turut mengalami keadaan cuaca yang sama.

Bagi Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, negeri Johor pula melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, daerah yang terlibat adalah Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis), manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” kata MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya di negeri-negeri yang terkesan.

Sumber: MetMalaysia 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.