Siakap Keli
hisap dadah
Gambar Via Bernama

Video Hisap Dadah Tular Di Facebook, Polis Tahan Seorang Lelaki Di Chenderong Balai

TELUK INTAN, 8 Jun (Bernama) — Aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan rakaman tular hisap dadah itu yang dimuat naik di akaun Facebook ‘I Love Teluk Intan,’ polis menahan suspek berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, Chenderong Balai pada kira-kira 5 petang.

“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.