Seorang lelaki berusia 45 tahun di China mahu menceraikan isterinya yang dinikahi selama 16 tahun setelah mendapat tahu dia telah membesarkan tiga anak perempuan yang bukan dari zuriat sendiri.
Difahamkan lelaki yang bernama Chen, berasal dari Wilayah Jiangxi, Timur China, mula mengesyaki isterinya berlaku curang padanya pada awal 2022.
Menurut Lapor Radio dan Stesen TV Jiangxi, dia mula mengelak panggilannya dan berkata dia mahu bekerja jauh dari rumah.
Chen sentiasa bekerja di luar rumah untuk menyara keluarganya. Namun, dia tidak pernah mengesyaki isterinya sanggup menduakannya. Semasa berjauhan, mereka hanya berhubung melalui panggilan suara dan video sepanjang masa.
Selepas permintaan isterinya mahu bekerja di tempat lain, Chen mula menjejaki isterinya menggunakan lokasi GPS menerusi telefon bimbitnya. Pada 1 Mac yang lalu, Chen mendapati isterinya menginap di sebuah hotel di timur China.
Keesokan paginya, dia ternampak isterinya bersama seorang lelaki dipercayai skandalnya ketika mereka sedang mendaftar keluar dari hotel tersebut.
Meskipun begitu, Chen memilih untuk memaafkan isterinya walaupun dia dapat pengesahan bahawa anak bongsunya bukanlah anak kandungnya.
Malah, walaupun isterinya berlaku curang, dia masih mahu mengekalkan perkahwinannya bersama.
Sehubungan itu, menurut ujian paterniti yang dilakukan olehnya, didapati dua lagi anak perempuannya juga bukan anak kandungnya.
Lalu, isterinya memutuskan hubungan mereka bersama dan Chen tidak dapat mengesannya. Dengan itu, Chen cuba untuk mendapatkan bantuan dalam mencari isterinya melalui media tempatan, di mana dia dilihat menangis dengan kepala di tangan.
Chen berkata semasa wawancara yang dilakukan tersebut dia menjelaskan bahawa, “Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak saya sendiri.”
BACA: Kerajaan Setuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori – Wan Junaidi
Sumber: Mothership