Belum reda isu seorang lelaki ditarik oleh orang utan, kini negara jiran heboh dengan satu lagi video yang memaparkan rambut seorang wanita telah ditarik seekor ungka.
Menurut Suara.com, video tersebut telah tular sejak beberapa hari lalu dan dikongsikan oleh akaun @fakta.indo di Instagram.
Menerusi video itu, wanita terbabit dilihat sedang berjalan sendirian di sebuah zoo sebelum menghampiri sangkar ungka yang berada di situ.
Tidak lama kemudian, dia secara spontannya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk berswafoto bersama haiwan tersebut.
Pun begitu, ungka tersebut tiba-tiba bergerak menghampiri wanita terbabit dan dengan laju dan bertindak mencengkam rambutnya.
“Kisah lama berulang, seorang wanita ditarik ungka ketika berswafoto,” tulis kapsyen di video tersebut.
Menurut laporan, video itu dipercayai telah dirakam oleh pengunjung lain yang turut berada di tempat kejadian.
Turut kendengaran hilaian tawa si perakam di dalam video itu sehingga akhirnya dia panik melihat wanita itu kesakitan.
Bagaimanapun, sehingga kini lokasi kejadian dan maklumat lanjut mengenainya masih belum diketahui.
Kejadian itu hampir sama dengan kejadian tular yang berlaku di Aceh yang memperlihatkan seorang lelaki telah ditarik oleh orang utan.
Difahamkan, lelaki terbabit sengaja melompat ke dalam kandang haiwan tersebut untuk melakukan kandungan video.
Namun, dia menerima padahnya apabila orang utan itu menarik bajunya hingga terkoyak.
Susulan itu, lelaki tersebut telah memohon di atas tindakannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
View this post on Instagram
BACA: Pemuda Ditarik Orang Utan Mohon Maaf, Mengaku Langgar Peraturan Zoo Demi ‘Content’
Sumber: Suara.com