Siakap Keli
gangguan bekalan air berjadual wilayah petaling
Gambar Via Bernama

47 Kawasan Wilayah Petaling Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Berjadual 21 Jun Ini – Air Selangor

Gangguan bekalan air berjadual dijangka bakal berlaku di 47 kawasan di Wilayah Petaling berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di kolam air Bukit Dengkil pada 21 Jun nanti.

Menurut Air Selangor, tempoh gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di wilayah Petaling itu akan bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 22 Jun di waktu yang sama.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 9:00 malam, 21 Jun 2022 secara berperingkat setelah kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan siap dan seterusnya sistem agihan bekalan air telah distabilkan,” kata Air Selangor menerusi notis makluman di Twitter.

Susulan gangguan bekalan air tersebut, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air berjadual ini, pengguna melayari aplikasi dan media sosial Air Selangor atau boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terjejas disebabkan gangguan bekalan air tersebut.

Gambar: Air Selangor

Sumber: Air Selangor

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.