Dunia bakal disajikan dengan fenomena lima buah planet ‘duduk’ sebaris yang dapat dilihat di langit walaupun menggunakan mata kasar, Jun ini.
Menurut laporan The Washington Post, kira-kira 30 minit sebelum matahari terbit, lima planet berkenaan iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal akan berada dalam kedudukan selari secara semula jadi, memanjang secara diogonal, bermula di bahagian bawah Timur.
”Planet secara semula jadi menjauhi atau mendekati antara satu sama lain. Bagaimanapun fenomena kali lebih mengujakan. Ia berlaku secara tidak sengaja.
”Ia adalah satu fenomena angkasa yang anda semua dapat saksikan secara percuma,” kata wakil NASA.
Fenomena ini digelar sebagai conjuction dimana beberapa planet dilihat ‘menghamipiri’ Bumi dalam kedudukan sebaris. Fenomena beberapa buah planet duduk selari adalah perkara yang biasa berlaku, namun fenomena lima buah planet duduk sebaris hanya berlaku sekali dalam tempoh dua dekad.
Kali terakhir lima planet berada dalam kedudukan sebaris adalah pada 2004 dan fenomena seterusnya dijangka akan berlaku pada 2040.
Bagaimanapun, disebabkan perbezaan orbit dan sengetan, adalah mustahil untuk melihat kelapan-lapan planet berada dalam kedudukan sebaris.
Dengan bantuan binokular dan teleskop, kedudukan planet-planet ini akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Namun begitu orang awam dijangka tidak mempunya masalah untuk melihat fenomena ini dengan mata kasar memandangkan kelima-lima planet tersebut akan bersinar lebih terang berbanding bintang-bintang lain pada waktu malam.
Sumber: The Washington Post