Siakap Keli
bomoh peru adakan ritual
Gambar: Google

Bomoh Peru ‘Bersatu’, Adakan Ritual Pastikan Pasukan Bola Sepak Layak ‘World Cup’

Bomoh di Peru dilaporkan berkumpul bagi melakukan ritual sebelum perlawanan playoff Piala Dunia untuk pasukan bola sepak kebangsaan mereka baru-baru ini, lapor the Guardian. 

Difahamkan pelbagai dukun yang berasal dari pelbagai kawasan seperti pergunungan, hutan dan pantai berkumpul bagi menjalankan upacara itu.

Mereka percaya bahawa ritual itu akan membantu pasukan bola sepak Peru mengalahkan pasukan Australia pada hari perlawanan nanti.

Gambar: The Guardian

“Kami terpaksa memberikan tumpuan dan kekuatan untuk terus mendapatkan keputusan akhir yang kami mahukan.

“Kami juga melihat pasukan lawan mempunyai rahsia tersendiri. Dan kami melihat beberapa bayangan.

“Jadi kami mesti meneruskan juga supaya mencapai matlamat yang kami inginkan,” kata seorang bomoh, Ana María Simeon.

Gambar: The Guardian

Dalam video itu, dapat disaksikan bahawa kebanyakan bomoh sibuk dengan ritual yang sedang dijalankan. Pelbagai peralatan seperti lilin, poster pasukan bolasepak, bunga dan sebagainya digunakan untuk memastikan pasukan kesayangan mereka menang ke atas Australia.

Untuk makluman, pasukan bolasepak kebangsaan Peru bakal menentang Australia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Al Rayyan, Qatar pada 13 Jun iaitu bersamaan pada 14 Jun jam 2 pagi waktu Malaysia.

Sumber: The Guardian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.