Seorang lelaki yang didakwa mengalami gangguan mental telah bertindak bunuh dan makan otak bekas teman wanitanya, lapor Daily Star.
Difahamkan, pada September 2020, lelaki berusia 41 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa penjamin selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada 2014.
Bagaimanapun, penguam yang membela lelaki tersebut telah mengemukakan permohonan rayuan terhadap pertuduhan yang dijatuhkan oleh mahkamah itu terhadapnya pada minggu lalu untuk dibicarakan semula.
Menurutnya, lelaki itu tidak sepatutnya menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara terhadap kes itu kerana dia mengalami penyakit mental sejak awal lagi.

Pihak polis mendakwa tertuduh telah bertindak memecah masuk rumah mangsa di selatan Indiana sebelum membunuh, memotong-motong dan memakan beberapa bahagian badan bekas teman wanitanya itu.
Tambahan pula, salah seorang pegawai telah memberikan keterangan bahawa dia menjumpai sebilah pisau dan alat buku lima (brass knuckle) di dalam poketnya yang mempunyai darah serta rambut perang.
Sebelum ini, Pendakwa Raya, Jeremy Mull menjelaskan bahawa pakar perubatan telah menilai tahap kesihatan mental tertuduh dan mengesahkan bahawa dia “layak untuk dibicarakan”.
Tertuduh turut membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh mangsa dan memasak bahagian otaknya sebelum memakannya, lapor pihak polis.
Tertuduh telah meminta untuk dijatuhkan hukuman mati semasa perbicaraannya dijalankan.

“Saya penat berurusan dengan semua perkara ini dan dikurung di dalam penjara. Saya mahu dihukum bunuh,” katanya.
Terdahulu, tertuduh telah dibebaskan dengan penjamin kerana membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun.
Sumber: Daily Star