Siakap Keli
Gambar via Telegraph India

Kurung Dan Raba Pelajar Perempuan 12 Tahun, Dua Lelaki Berjaya Ditahan Polis

Tumpat – Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun telah dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh, lapor Astro Awani.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada Jumaat malam yang lalu ketika pelajar itu dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di pantai peranginan tersebut.

“Mangsa sebelum itu telah keluar rumah untuk makan bersama seorang rakan perempuannya sekitar jam 9 malam.

“Bagaimanapun selepas jam 11 malam, kakak kandung mangsa memaklumkan mangsa masih belum pulang.

“Selepas ibu mangsa berjaya menghubungi anaknya, anaknya (mangsa) memaklumkan dia telah dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di Pantai Tujuh, ” kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner, ACP Amran Dollah.

Jelasnya lagi, ibu mangsa bersama ahli keluarga lain kemudian telah bergegas ke lokasi tersebut dan setibanya di sana, mereka terdengar suara mangsa daripada salah satu bilik di chalet tersebut.

Mereka dikatakan telah mengetuk pintu bilik itu selama beberapa minit sebelum dibuka dan terkejut apabila mendapati bahawa mangsa berada di dalam bilik bersama dua lelaki lain berusia 20-an.

“Semasa ketiga-tiga lelaki itu disoal siasat oleh ahli keluarga, salah seorang suspek yang berada di bilik berjaya melarikan diri selepas berlaku pergelutan.

“Keluarga mangsa telah menghubungi Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan kedua-dua suspek kemudian telah diserahkan kepada anggota Cawangan MPV yang tiba di lokasi untuk dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah.

“Hasil soal siasat dan keterangan mendapati mangsa telah dipaksa untuk masuk ke dalam bilik dan ketiga-tiga suspek enggan menghantar mangsa pulang ke rumah,” kata Amran.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah meraba mangsa di dalam bilik tersebut.

Manakala, suspek ketiga pula menjadi pendaftar bilik dan mengawal di luar bilik.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, kedua-dua suspek telah berjaya ditangkap dan direman selama enam hari sehingga 16 Jun depan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Astro Awani

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.