Siakap Keli
oyen diserang koyote

Mujur Tak Kena ‘Kokak’, Detik Cemas Oyen ‘Fight’ Dengan Koyote Tular

Raih 36 juta tontonan di Facebook, tular rakaman oyen diserang koyote, bergelut untuk cuba selamatkan diri.

Seperti yang diketahui, kucing berwarna oren atau sering digelar sebagai ‘Oyen’ dianggap sebagai kucing yang paling ‘ganas’ dan nakal.

Di mana-mana saja ia berada, haiwan comel itu pasti akan menimbulkan pelbagai masalah.

Tidak cuma itu, oyen juga jarang sekali merasa gentar apabila berhadapan dengan haiwan yang lain.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang menyaksikan detik-detik cemas ketika seekor oyen diserang oleh koyote.

Video yang dirakam CCTV itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki di Surfside Beach, Texas beberapa hari lalu.

Pada awal video itu, kedua-dua haiwan tersebut dilihat saling berkejaran di sebuah balkoni. Koyote yang merupakan haiwan liar kelihatan agresif dengan cuba menyerang kucing tersebut.

Walaupun cubaannya untuk menyerang gagal, haiwan itu dilihat tidak berputus asa dan berterusan menyergah si oyen.

Pergelutan antara kedua-dua haiwan itu sampai ke kemuncak apabila koyote tersebut berjaya menarik oyen dengan mulutnya.

Namun, oyen berjaya melepaskan diri dan terus memanjat tiang balkoni sehingga membuatkan koyote berputus asa.

Ketika itu, oyen dilihat berada dalam ketakutan dan terus ‘memeluk’ tiang tersebut.

“Kucing itu pejuang dan saya tidak melihat sebarang tanda di halaman rumah saya pada keesokan hari,” kata pemilik rumah, Tony Gray.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 36 juta tontonan di Facebook.

https://www.facebook.com/watch/?v=715166813092727

Sumber: ABC News, Newsweek

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.