Tiada yang lebih sempurna selain isteri sendiri, Dr. Fadzilah Kamsah Titip Pesanan buat suami untuk lebih hargai isteri.
Dalam melayari bahtera perkahwinan, ia tidaklah seindah seperti yang dibayangkan. Kadang kala ada badai yang datang melanda sehingga menggoyahkan rumah tangga yang dibina selama bertahun-tahun.
Akan ada pelbagai ujian yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan terutama melibatkan ‘orang luar’.
Tanpa disedari, hati dan perasaan pasangan terus terabai sehingga akhirnya menjadi punca kepada perceraian.
Sebagai suami, galaslah tanggungjawab dengan sebaiknya dan tidak mensia-siakan segala pengorbanan si isteri.
Bercakap mengenainya, penceramah motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menukilkan nasihat buat para suami agar lebih menghargai isteri masing-masing.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Mata lelaki, kadangkala diuji.
Dilihatnya ada lagi wanita di luar sana yang jauh lebih sempurna berbanding isteri di rumah.
Walhal, isteri yang kalian ada sekarang, dah cukup terbaik sebenarnya.
Kita tak menghargai apa yang ada di depan mata, sebab itu selalu merasa ada ketidaksempurnaan pada isteri.
Jika kalian rasa isteri kalian tidak sempurna, maka sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk menyempurnakannya.
Kan perkahwinan ini adalah buat 2 jiwa yang saling memerlukan.
Kekurangan dia ditampung oleh kelebihan kita. Kekurangan kita ditampung oleh kelebihan dia.
Saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
Di situlah baru wujudnya perkahwinan yang sempurna.
Kalau kalian hanya mencari sempurna saja, memang payahlah nak jumpa. Mulai sekarang, kalian kenalpasti mana yang tak sempurna, di situ perbaiki, lengkapi dan usaha untuk jadi yang sempurna.
Keharmonian untuk mengecap syurgaNya kelak.