Graduan UNISEL tular, buka langkah silat ketika ambil sijil diploma di Majlis Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-15 baru-baru ini.
Majlis istiadat konvokesyen menjadi satu detik yang sangat bermakna bagi setiap pelajar. Manakan tidak, segala usaha yang dikerah dan penat lelah selama bertahun-tahun akhirnya ‘membuahkan’ segulung ijazah.
Setiap kali musim konvokesyen berlangsung, pasti akan ada momen-momen yang menarik perhatian ramai terutamanya ketika penyampaian skrol di atas pentas.
Seperti Majlis Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini yang menjadi tular di media sosial.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @Teacher Hadi, seorang graduan mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan kemahiran bersilat ketika mengambil sijil diploma miliknya.
Difahamkan, graduan yang dikenali sebagai Muhammad Zairul Izzwan itu menjadi individu terakhir yang menerima sijil pada hari tersebut, membolehkannya melakukan ‘persembahan penutup’ dengan penuh bergaya.
Aksi graduan dalam jurusan Diploma Komunikasi dan Media itu turut disambut baik oleh Naib Canselor dan semua tetamu kehormat.
@swimiss.academy Naik Syeikh baiii.. ha ha ha #uniselawesome #uniseltiktokchallenge2022
@fels.unisel Kasik chance sebab dia penutup😁 #uniselawesome #uniselconvocation15 Jumpa di Istiadat Konvokesyen Unisel yang seterusnya 👋
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat graduan itu dan Naib Canselor yang ‘sporting’.
Sehingga kini video tersebut telah tular dan mendapat lebih 900 ribu tontonan di TikTok.
BACA: Tersekat Dalam Kesesakan, Graduan Konvokesyen USM Tumpang Penunggang Motosikal
Sumber: Teacher Hadi